KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berpeluang mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat dari 15-24 Julai ini.
Perkembangan itu disahkan Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil yang memaklumkan Nauraj layak selepas atlet berusia 30 tahun itu berada dalam kelompok 32 terbaik dalam ranking dunia.
"Ramai atlet terbaik di dunia tetapi Nauraj berjaya menempatkan diri dalam senarai, jadi itu merupakan pencapaian terbaik dan membanggakan negara," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Sabtu
Mohd Manshahar berkata di Oregon, Nauraj sekurang-kurangnya perlu membuat lompatan setinggi 2.30 meter (m) yang merupakan rekod kebangsaan miliknya, untuk melangkah ke pentas akhir kejohanan itu sekali gus mengikuti jejak langkah bekas atlet lompat tinggi negara Lee Hup Wei, pada 2019.
Katanya Nauraj harus bekerja keras serta lebih berdisiplin dalam sesi latihan bagi memperbaiki kelemahannya untuk membolehkan beliau melangkah ke final.
"Dia (Nauraj) perlu bersaing dengan atlet terbaik dunia dan bukan sesuatu yang mudah, dia (mara ke final) bergantung kepada keupayaan beliau pada hari perlawanan.
"Tetapi tiada yang mustahil, apa-apa pun boleh berlaku, kalau dia mencapai lompatan di ketinggian 2.32m atau memecahkan rekod kebangsaan 2.30m, mungkin dia akan berada di kelompok terbaik, tetapi kalau dia buat kurang, dia hanya berada dalam 16 terbaik," kata Mohd Manshahar.
Pada saingan di Oregon, Nauraj yang bakal membuat penampilan keduanya di kejohanan dunia itu selepas penampilan pertamanya di Kejohanan Dunia di London pada Ogos 2017, beliau dijadual memulakan aksi pusingan kelayakan pada 15 Julai dan pusingan akhir pada 17 Julai.
Sebagai rekod, pada edisi Kejohanan Dunia 2019 di Doha, Qatar, Hup Wei mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia mara ke pusingan akhir dalam kejohanan berprestij itu, sejak diperkenalkan pada 1938 oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
Kejayaan itu hadir selepas Hup Wei melakukan lompatan setinggi 2.29m di pusingan kelayakan sebelum menamatkan saingan final di kedudukan kelapan daripada keseluruhan 12 atlet apabila dengan catatan 2.27m.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Nauraj layak selepas menempatkan diri dalam kelompok 32 terbaik dalam ranking dunia. -Gambar fail/ Bernama
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
Nauraj umum bersara setelah 15 tahun berbakti kepada negara
Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa hari ini mengumumkan persaraannya selepas 15 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga, pada usia 31 tahun.
Sudah tiba masa Nauraj kembali berlatih di Malaysia
Iyaru secara peribadi berpendapat Nauraj telah membuktikan beliau lebih menyinar sekiranya menjalani program di bawah MSN.
Nauraj Singh - Atlet pertama tersingkir pada pusingan akhir
Nauraj gagal melepasi ketinggian kedua 2.10m dalam ketiga-tiga percubaan di Stadium Alexander yang penuh sesak.
Nauraj layak ke Kejohanan Dunia
Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berpeluang mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat dari 15-24 Julai ini.
Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.
Rekod baharu kebangsaan dalam dewan Nauraj belum rasmi - Mohd Manshahar
Namun, dari segi teknikal catatan tersebut telah melepasi rekod kebangsaan lompat tinggi dalam dewan sebelum ini.
Nauraj Singh melabur duit poket RM50,000 demi kejayaan di Eropah
Terpaksa mengikat perut, tetapi ia tidak menghalang Nauraj meraih gelaran di Hungary dan Republik Czech sejak dua minggu lalu.
Lompat tinggi: Nauraj cemerlang di Hungary
Nauraj mengenepikan Vasilious Konstantinou dari Cyprus di tempat kedua dengan catatan 2.23m diikuti Sylwester Bednarek dari Poland di tempat ketiga dengan 2.20m.
Sukan SEA 2019 mungkin jadi penampilan terakhir Hup Wei
Hup Wei yang mempunyai catatan peribadi terbaik, 2.27 meter, pernah meraih pingat emas pada tiga edisi terdahulu -- 2007 di Thailand, 2009 di Laos dan 2011 di Indonesia.
Nauraj pecah rekod baharu kebangsaan
Nauraj Singh Randhawa telah berjaya mencatatkan rekod baru dalam acara lompat tinggi dengan catatan baharu 2.19 meter